Home » Langit Terbuka » Malaysia tiada dalam senarai larangan masuk AS

Malaysia tiada dalam senarai larangan masuk AS

KUALA LUMPUR 1 Februari – Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan bahawa Malaysia tiada dalam senarai larangan masuk ke negara itu.

Dalam satu kenyataan itu, kedutaan tersebut memberi jaminan bahawa rakyat Malaysia masih boleh memasuki AS dengan visa yang sah.

“Arahan Eksekutif yang dikeluarkan masih lagi sah namun Malaysia tidak berada di dalam senarai negara-negara yang terjejas.

“Rakyat Malaysia masih boleh melancong ke AS dengan menggunakan visa yang sah,” katanya kepada Malay Mail Online melalui Twitter.

Sebelum ini, terdapat  insiden melibatkan seramai 71 orang pelancong dari 20 buah negara termasuklah Malaysia yang dihalang memasuki negara tersebut dan ditahan di Lapangan Terbang JFK.

Sementara itu, menurut Twitter No Ban JFK yang merupakan sekumpulan peguam dan sukarelawan membantu mereka yang terlibat insiden di Lapangan Terbang JFP  serta  mereka yang ditahan di Lapangan Terbang New York.

Kumpulan tersebut juga berkata, barang peribadi milik individu yang ditahan seperti komputer riba telah dirampas dan juga turut disoal siasat mengenai pandangan mereka mengenai kumpulan pengganas Islam.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada seorang ‘rakyat’ Malaysia seperti dilaporkan merupakan warganegara ataupun pemegang pasport negara lain namun keluar dari negara ini.

Kedutaan Amerika juga tidak memberikan apa-apa maklumat mengenai perkara itu. – https://www.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *