Home » Langit Terbuka » PM akan hubungi Presiden Mesir cadangkan pembukaan semula sempadan Rafah

PM akan hubungi Presiden Mesir cadangkan pembukaan semula sempadan Rafah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia akan merangka strategi baharu bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin, antaranya membabitkan laluan darat menerusi Rafah, Mesir.

Perdana Menteri berkata, strategi itu antara ‘ikhtiar’ bakal dilakukan oleh Malaysia dalam usaha untuk memecah ‘tembok’ rejim Zionis di bumi Palestin, selepas kapal Global Sumud Flotilla (GSF) membawa bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, dipintas tentera Israel.

“Setelah rundingan, saya juga akan hubungi Presiden Mesir untuk memudahkan (perjalanan misi kemanusiaan). Ia untuk kita bagi mesej bahawa kita sokong perjuangan rakyat Gaza, Palestin.

“Mesej apa lagi? Dunia tidak boleh membisu. Dunia bukan dalam zaman barbarik lagi. Ini zaman bertamadun. Jadi mesti kena bebaskan mereka, beri mereka makan, minum, sekolah, ubat dan masjid,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil, malam ini.

Kira-kira 20,000 menyertai himpunan itu, selain dihadiri 23 sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang baru tiba di tanah air semalam, selain Jemaah Menteri dan pegawai tertinggi kerajaan.

Terdahulu, Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre, Datuk Dr Sany Araby Abdul Alim Araby, mengemukakan memorandum kepada Perdana Menteri agar kerajaan dapat mempertimbang memberi sokongan untuk melancarkan gelombang kedua dan ketiga misi kemanusiaan Sumud Nusantara ke Palestin.

Beliau juga memohon agar Anwar dapat memanfaatkan hubungan baik dengan Presiden Mesir supaya membenarkan laluan Rafah digunakan untuk menghantar bantuan kepada penduduk Palestin.

“Berkenaan memorandum diatur gerak Sumud Nusantara ke bumi Mesir, saya tahu Datuk Seri (Anwar Ibrahim) ada hubungan baik dengan Presiden Abdul Fattah Al-Sisi, agar boleh main peranan luar biasa tak terjangkau oleh kita.

“Kami mohon izin untuk bagi laluan Sumud Nusantara Malaysia buat gelombang kedua hantar bantuan melalui darat. Kita tidak ada pilihan lain. Kami bersedia Insya-Allah.

“Untuk gelombang kedua dan ketiga, saya mohon Datuk Seri, andai esok Allah izinkan Gaza bebas dengan gencatan senjata… Kami mohon Datuk Seri jadi tonggak, untuk jadi Chef de Mission pastikan Malaysia bebaskan dan bina sendiri Gaza,” katanya.

Artikel Berkaitan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *