Home » Wacana » MALU…

MALU…

Hadis- hadis Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan sifat malu menyebutkan :

“ Malu itu sebagai Iman.”

“ Malu itu warisan para Nabi “

“ Jika kamu tidak malu lagi berbuatlah sesukamu. “

 

Sejarah malu dimulai sejak Nabi Adam a.s dan Hawa ditelanjangi Allah di Jannah kerana kesalahannya memakan buah pohin yang dilarang itu. Saat itu Adam dan Hawa memetik daun- daun kayu di Jannah untuk menutupi aurat mereka. Kedua nenek moyang kita yang termasuk orang beriman kerana memiliki rasa malu yang luar biasa. Digambarkan Allah kisah ini di dalam ayat Quran bermaksud :

“Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu nampaklah bagi keduanya aurat- auratnya dan mulai dari hari itu keduanya menutupinya dengan daun—daun (yang ada di Jannah) dan durhakalah Adam kepada Rabb dan sesatlah ia “. (QS. Thaha :121)

Yang dimaksud dengan durhaka di sini ialah melanggar larangan Allah kerana lupa, dengan tidak sengaja, sebagaimana disebutkan dalam ayat 115 (QS. Thaha :15 bermaksud “Dan sesungguhnya telah kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa(akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat”. Dan yang dimaksud dengan sesat ialah mengikuti apa yang dibisikkan syaitan. Kesalahan Adam a.s. meskipun tidak begitu besar menurut ukuran manusia biasa sudah dinamai durhaka dan sesat, kerana tingginya martabat Adam a.s dan untuk menjadi teladan bagi orang besar dan pemimpin- pemimpin agat menjauhi perbuatan- perbuatan yang terlarang bagaimanapun kecilnya.

Rasa malu juga diperlihatkan oleh Nabi Yusuf bin Ya’cub a.s ketika membelakangi Zulaikha yang menggodanya di istana Raja Abdul Aziz (Mesir). Yusuf menutup mata dan tidak mahu melihat aurat Zulaikha yang cantik itu.

“Aku malu dengan Allah”. Kata Nabi Yusuf. (QS. Yusuf :23)

Rasa malu yang tinggi juga kita saksikan pada diri Rasulullah s.a.w. yang bergetar lututnya ketika auratnya tersibak angin. “Mengapa lututmu bergetar wahai anakku?” Tanya bapa saudaranya . Abbas bin Abu Mutalib. “Aku malu wahai pak cik!” Jawab Nabi Muhammad s.a.w yang waktu itu baru berusia 35 tahun dan belum menjadi rasul. (HR. Muslim)

Ketika Nabi Musa a.s menyuruh Rasulullah meminta meringankan kewajiban solat lima waktu pada malam Isra’ Mi’raj. Nabi Muhammad menolak perintah Musa, kerana beliau merasa malu kepada Allah  S.W.T. Dari 50 waktu sudah dikurangi 45, biarlah sisanya lima waktu diterima dengan ikhlas sebagai kewajiban bagi Muhammad s.a.w dan umatnya.

Semakin kuat aqidah seseorang maka semakin mandalam juga rasa malunya, baik kepada Allah mahupun kepada sesame manusia. Sebaliknya semakin dangkal aqidah seseorang, maka semakin tipis iman dan rasa malunya, bahkan nyaris tidak ada bezanya dengan haiwan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *