Home » Citra Yadim » ‘Akhlak A Teras Keutuhan Masyarakat’

‘Akhlak A Teras Keutuhan Masyarakat’

SUNGAI PETANI 25 Julai – Orang ramai terutama di sekitar daerah Baling dijemput beramai-ramai hadir ke program Forum Perdana yang akan diadakan Surau An-nur, Taman Mesra, Kupang pada 28 Julai ini.

Pengurus Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara, Hafsah Husain berkata, program berkenaan akan membawa tema’ ‘Akhlak A Teras Keutuhan Masyarakat’’ dan bakal menampilkan tokoh-tokoh pendakwah yang hebat.

“Forum ini akan menampilkan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah, Tuan Sheikh Hazizan Mat Desa dan Pensyarah Kanan Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Dr. Akli Ahmad manakala moderator adalah Pencetus Ummah Yeop atau nama sebenarnya, Mohd Zainudin Mohamed Zaini,’’ katanya.

Beliau berkata, program ini adalah anjuran bersama YADIM dan Pusat Khidmat Adun Kupang, Pejabat Agama Daerah Baling, Surau An-Nur Kupang, RTM Kedah, Jabatan Penerangan Daerah Baling, Kedah dan RELA Kupang.

“YADIM berharap program ini dapa diadakan dengan kerap di seluruh zon utara terutama dalam usaha membendung masalah keruntuhan akhlak yang sangat membimbangkan,’’ katanya.

Beliau berkata, melalui program ini YADIM berharap kesedaran semua pihak sama ada ibu bapa mahupun genarasi muda dalam memberikan penekanan kepada akhlak mulia berlandaskan ajaran agama ini dapata ditingkatkan.

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga” (Hadith Riwayat Muslim)

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *