Home » Citra Yadim » Mangsa kebakaran Kampung Cenderamata Dua dibantu

Mangsa kebakaran Kampung Cenderamata Dua dibantu

KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah telah menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Cenderamata Dua, Likas, di sini pada 26 Julai.

Bantuan telah disampaikan oleh Eksekutif Kanan YADIM,  Ustaz Ramlee Daud yang telah bergegas ke lokasi ke kejadian untuk menyampaikan bantuan berkenaan.

Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki berkata, kebakaran itu melibatkan 152 buah rumah dan sebagai sebuah agensi dakwah, YADIM merasa terpanggil untuk memberikan bantuan dan sumbangan untuk meringankan sedikit bebanan dan memberikan kegembiraan kepada semua mangsa.

“YADIM sentiasa mengambil berat permasalahan ummah, dan komited membantu ummah biarpun dengan sekecil-kecil sumbangan atau bantuan,’’ katanya

Artikel Berkaitan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *