Home » Citra Yadim » Mangsa kebakaran Kampung Laut terima sumbangan YADIM Kelantan

Mangsa kebakaran Kampung Laut terima sumbangan YADIM Kelantan

TUMPAT – Enam keluarga yang menjadi mangsa kejadian kebakaran di Kampung Laut di sini pada 8 November lalu menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini.

Sumbangan berjumlah RM3,000 itu disampaikan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Mejar (B) Zaidi Ab Halim dalam kunjungannya ke tapak kejadian di sini.

Zaidi dan kakitangan YADIM Kelantan turut beramah mesra dan memberikan kata kata semangat kepada mangsa kejadian selain menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Hadir sama dalam kunjungan hari ini ialah ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Laut.

Dalam kejadian tersebut, enam rumah di sini hangus sama sekali dalam kejadian kebakaran yang dikatakan bermula sekitar 10.30 pagi. Walaupun mengakibatkan mangsa sehelai sepinggang, tiada kemalangan jiwa berlaku.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Wan Baijuri Wan Hassan, tindakan pantas bomba mengawal api berjaya menyelamatkan tiga buah lagi rumah berhampiran daripada turut musnah.

Tambah beliau, api sangat cepat merebak kerana struktur kayu serta angin kencang dan panas pada hari kejadian.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *