Home » Citra Yadim » YADIM Kedah terima penghargaan Jabatan Penjara

YADIM Kedah terima penghargaan Jabatan Penjara

SUNGAI PETANI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 2 Disember telah menerima penghargaan daripada Jabatan Penjara Malaysia atas sumbangan dakwahnya selama ini kepada jabatan itu.

Ia di sampaikan kepada wakil YADIM Kedah, Ustaz Azmi Mohammad dalam Majlis Sanjungan Budi dan Penutupan Sukan Penghuni di Penjara Sungai Petani di sini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat serta Pembasmi Kemiskinan Kedah, Yang Berhormat Halimaton Shaadiah Saad. Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Penjara Negeri Kedah, Penguasa Kanan Penjara Nur Haizan Md Isa.

YADIM Kedah telah bekerjasama dengan Penjara Sungai Petani sejak 15 tahun yang lalu (dahulu dikenali sebagai YADIM Zon Utara) dalam pelbagai bentuk program dakwah kepada penghuninya.

Terbaharu ialah pada 22 Oktober lalu menerusi program ‘YADIM Bersamamu’ di Dewan Sekolah Integriti penjara berkenaan.

Seramai 120 orang penghuni penjara menyertai program tersebut yang bertujuan melahirkan banduan yang cintakan ilmu Islam, mempunyai jati diri Muslim teguh serta memahami dan mempraktikkan amalan Islam.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *