Home » Wacana » Masih suka maksiat?  Inilah 36 balasan yang pasti anda terima!

Masih suka maksiat?  Inilah 36 balasan yang pasti anda terima!

Susunan WARTAWAN DAKWAH

Dalam menjelaskan Risalah al-Mustarsyidin tulisan Imam al-Harits al-Muhassibi, Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah mengutip penjelasan Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyah dalam al-Jawab al-Kafi tentang 36 akibat buruk yang akan diterima bagi siapa pun yang melakukan maksiat, walaupun maksiat kecil.

  1. Ilmu tidak berkat dan rezeki berat
  2. Perasaan asing dengan Allah SWT dan dengan orang lain
  3. Disempitkan semua urusan
  4. Gelap hati, wajah, dan kubur
  5. Lemah hati dan badan
  6. Sukar mengerjakan amal ketaatan
  7. Umur yang sia-sia
  8. Tertanam benih dosa, dosanya berketurunan
  9. Lemah kehendak hati dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah SWT
  10. Hilang rasa jijik terhadap dosa dari dalam hati
  11. Terhina di hadapan Allah SWT
  12. Membahayakan orang lain dan binatang
  13. Mewariskan kehinaan
  14. Rosak akal fikiran
  15. Hati tidak menginginkan kebaikan
  16. Dilaknat oleh Rasulullah SAW
  17. Terhalang dari doa Rasulullah SAW dan para malaikat
  18. Menerima pelbagai seksaan di alam kubur
  19. Menimbulkan kerosakan di bumi
  20. Hilangnya rasa malu, cemburu, dan rasa hormatnya kepada Allah SWT
  21. Dijauhkan dari perbuatan baik
  22. Dihalangi dari pahala seperti pahalanya orang-orang yang berbuat baik
  23. Dilupakan oleh Allah SWT, lalu dibinasakan
  24. Dihilangkan rasa nikmat darinya (nikmat ibadah dan nikmat hidup)
  25. Ditimpa malapetaka
  26. Ditimpakan ketakutan
  27. Disakitkan hati setelah sihatnya, dimatikan hati setelah hidupnya
  28. Buta mata hati
  29. Senantiasa berada dalam kawalan syaitan dan nafsu yang mengajaknya pada keburukan dan kenikmatan kesenangan dunia
  30. Jatuhnya martabat dan kedudukan
  31. Semua nama baiknya digantikan dengan gelaran buruk
  32. Hilangnya keberkatan dalam ilmu, amal, rezeki dan umur
  33. Berkhianat dalam sesuatu yang paling diingini
  34. Jauh dari malaikat pelindung namun dekat dengan syaitan
  35. Terdapat bekas kekejian, kemunafikan, dan akhlak buruk dalam hatinya
  36. Diselubungi kebimbangan, keraguan dan berbagai penyakit hati yang mematikan

Ya Allah, jauhkan kami dari segala bentuk perbuatan dosa dan maksiat. Hilangkan hasrat untuk bermaksiat dari dalam diri kami dan gantilah dengan semangat untuk berbuat taat kepada-Mu. Amin. – MAJALAH DAKWAH

Artikel Berkaitan

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

Wacana Integriti YADIM bersama pihak SPRM

KOMITED Untuk telus dalam setiap urusan melestari gerakan dakwahnya, YADIM merangka beberapa program dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada 30

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *