Home » Ensiklopedia » Masjid Al-Azhar

Masjid Al-Azhar

Al-Azhar merupakan masjid (jami) pertama yang telah didirikan di bandar Kaherah. Ianya telah diasaskan oleh Jauhar Saqli untuk dijadikan tempat bermastatutin bagi Kerajaan Fatimiyyah. Jauhar mula mendirikan masjid ini pada hari Sabtu, 24 Jamadilawal 359H, (4 April 970M). Setelah selesai dibina ianya telah dibuka dengan rasminya pada bulan Ramadhan 361H, (Jun 978M).

Pada hari pembukaan itu, solat Jumaat pertama telah didirikan di masjid tersebut. Disebabkah itulah Masjid Al-Azhar dianggap bangunan pertama yang didirikan oleh kerajaan Fatimiyyah di Mesir. Ia masih teguh berdiri hingga sekarang dan ianya dianggap sebagai kesan peninggalan Islam terpenting.

Pada awal penubuhan masjid ini ianya dikenali sebagai nama Masjid Kaherah, merujuk kepada bandar Kaherah. Setelah itu juga ianya dipanggil Masjid al-Azhar. Pendapat menyatakan bahawa penamaan ini disebabkan oleh orang Fatimiyyah telah mengaitkan diri mereka dengan Sayyidah Fatimah al-Zahra yakni anak perempuan Rasulullah S.A.W.

Oleh itu, mereka telahpun memanggil Masjid Kaherah dengan nama Masjid Al-Azhar sebagai mengambil berkat daripada Sayyidah Fatimah r.a.

Kini Masjid Al-Azhar yang ada sekarang bukanlah masjid Kerajaan Fatimiyyah yang asasnya diletakkan oleh Jauhar Saqli pada tahun 359H, (970M), bahkan ianya merupakan sekumpulan kesan sejarah yang telahpun digabungkan kepadanya dalam pelbagai zaman.

Pada asalnya, yakni mula-mula ianya dibina rekaan Masjid al-Azhar terdiri daripada satu halaman yang telah dikelilingi oleh tiga buah serambi. Serambi yang paling besar adalah serambi kiblat, manakala serambi yang lagi dua berada di tepi, terdiri daripada beberapa ruang yang dijulang dengan tiang-tiang.

Terdapat satu kubah yang berhadapan dengan mihrab tetapi telahpun musnah dan digantikan dengan kubah daripada zaman Mamluki.

Pada zaman pemerintahan Al-Amr Bi Ahkamillah dan beliau telah meninggal dunia pada tahun 524H, (1130M), beliau juga membina mihrab Masjid al-Azhar daripada kayu yang dihiasi dengan ukiran tumbuh-tumbuhan dan geometri. Al-Amr turut membina sebuah ruang diberi nama maqsurah Fatimah (ruang Fatimah).

Dalam pada itu, apabila berakhirnya pemerintahan Fatimiyyah pada tahun 566H, (1170M), Salahuddin al-Ayubi telahpun mengambil alih tampuk pemerintahan Mesir. Sinar Masjid al-Azhar semakin malap dan menuju ke arah kegelapan, setelah ia menjadi pusat perhatian para khalifah dan pemerintah kerana Salahuddin al-Ayubi memerangi mazhab Syiah dan menyebarkan mazhab ahli Sunnah wa Jama’ah.

Hal ini, dibuktikan kerana beliau telahpun menolak khutbah yang dibaca di Masjid al-Azhar kerana mengamalkan Mazhab Shafi’i yang telahpun melarang pembacaan dua khutbah jumaat di negeri yang sama. Khutbah yang dibaca di Masjid al-Hakim Biamrillah sudah mencukupi. Masjid al-Azhar sudah tidak lagi dipedulikan sepanjang pemerintahannya selama beberapa kurun.

Setelah itu, pada tahun 702H, (1302M), satu gempa bumi telah melanda Mesir. Akibat gempa bumi itu beberapa bahagian dinding masjid runtuh. Oleh yang demikian, Amir Salar, naib kepada Sultan Mamluki bangun serta membaiki dan membinanya kembali. Hasil daripada pembinaan ini ukiran dan hiasan Andalus yang terdapat pada mihrab utama dan tembok marmar diletakkan di tengah-tengah mihrab itu.

Penambahbaikan pada Masjid Al-Azhar telah dilakukan juga oleh Abdul Rahman Katkhada, beliau telahpun menambahkan sebuah ruang baru di serambi kiblat sebagai tempat solat. Kedudukannya lebih tinggi tiga darjah (bertingkat) dan mempunyai tiga mihrab.

Mihrab besar terletak hampir di tengah-tengah dan dua mihrab lagi terletak di sebelah kanannya. Manakala pada tahun 1390H, (1970M), lantai halaman telah siap diganti dengan sepenuhnya. Sebelum ini lantai diperbuat daripada batu dan yang terbaru daripada marmar.

Pada waktu ini, Badan Kaji purba Mesir telahpun menjalankan pembaikan keretakan pada dinding-dinding Masjid al-Azhar akibat gempa bumi yang telah melanda Mesir pada 15 Rabiulakhir 1413H, (Oktober 1992M).

Sumber: Ensiklopedia Islam Safir (Jilid 13-15)                                                            Oleh Nurul Ain Mohd Shukri                                                                                      Pelajar Latihan Industri Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *