Home » Citra Yadim » Bengkel Kluster Penyelidikan Pelan Pembangunan Dakwah Negara

Bengkel Kluster Penyelidikan Pelan Pembangunan Dakwah Negara

BANGI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)terus mengorak langkah dengan mengadakan Bengkel Kluster Penyelidikan bagi membina Pelan Pembangunan Dakwah Negara (PPDN).

Bengkel pada 2 Oktober ini merupakan siri ke lima sesi perbincangan sejak diadakan bermula 25 Julai lalu.

Seramai 50 orang panel penyelidik daripada pelbagai latar belakang dan kepakaran telah hadir menyumbangkan idea.

Terdapat lapan kluster dikenalpasti diwujudkan bagi tujuan ini iaitu Kluster Hal Ehwal Agama, Media dan Teknologi, Ekonomi dan Kewangan, Sosiobudaya dan Kekeluargaan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Undang-undang dan Syariah (Tadbir urus), Pendidikan Dakwah dan Tamadun dan Politik.

Objektif kluster kluster ini adalah untuk memperincikan kerangka Pelan Pembangunan Dakwah Negara, menyelaras hala tuju dan gerak kerja setiap kluster dan mengenal pasti isu dan permasalahan yang perlu menjadi fokus bagi setiap kluster.

Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz berharap, agar gerak kerja pembinaan pelan ini berjalan dengan lancar dengan kepakaran semua panel penyelidik yang terlibat.

Pelan Pembangunan Dakwah Negara ini dibangunkan atas inisiatif YADIM untuk menjadikan pelan ini sebagai garis panduan dalam gerak kerja dakwah yang lebih strategik di Malaysia.

Bengkel ini telah dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Perancangan, Sektor Penyelidikan, Penerbitan dan Antarabangsa YADIM.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *