Home » Langit Terbuka » Masjid Besar Paris mahu sijil halal JAKIMĀ 

Masjid Besar Paris mahu sijil halal JAKIMĀ 

Timbalan Perdana Menteri memberithu, Masjid Besar Paris menyatakan bahawa pusat penyembelihan mereka telah mematuhi segala prosedur yang ditetapkan JAKIM dan berharap JAKIM memberi akreditasi dan pengiktirafan terhadap pusat itu. - Foto Bernama

PARIS – Pihak pengurusan Masjid Besar Paris (The Grand Mosque of Paris), di sini menyatakan hasrat mendapatkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai mengiktiraf pusat penyembelihan mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata hasrat itu disuarakan oleh rektor masjid tersebut, Dr Dalil Boubakeur ketika lawatannya ke masjid tersebut, semalam.

ā€œDalam pertemuan dengan Dr Dalil Boubakeur yang turut disertai Mufti Dr Khaled Abou Taleb dan Mufti Cheikh Bozidi, antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai permintaan mereka supaya JAKIM dapat memberi pengiktirafan dan sijil halal untuk pusat penyembelihan masjid tersebut.

ā€œMereka menyatakan bahawa pusat penyembelihan mereka telah mematuhi segala prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM dan mahu JAKIM memberi akreditasi dan pengiktirafan terhadap pusat penyembelihan mereka,ā€ katanya di sini.

Dr Wan Azizah berkata, beliau sudah menyatakan kepada Dr Dalil Boubakeur bahawa hasrat itu akan disampaikan kepada JAKIM supaya tindakan seterusnya dapat diambil.

Ditanya mengenai tempoh masa untuk JAKIM melaksanakan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, ia bergantung kepada jabatan itu tetapi yang pasti perlu melihat sendiri pusat penyembelihan berkenaan dan memantau kerja penyembelihan.

ā€œPihak masjid tersebut memang ada sijil mereka sendiri, tapi mereka mahu pengiktirafan daripada JAKIM kerana mereka percaya dengan kredibiliti JAKIM yang sangat meyakinkan,ā€ katanya.

Dr Wan Azizah yang dalam rangka lawatan kerja empat hari ke Perancis bermula Ahad lalu, semalam, meluangkan masa kira-kira 40 minit melawat masjid terbesar di Perancis itu dan menunaikan solat Jamak dan solat Sunat di situ.

Masjid itu yang mempunyai ruang solat, taman, perpustakaan kecil dan kafeteria, dibina pada 1922 sebagai memperingati 100,000 Muslim Algeria yang berperang untuk Perancis ketika Perang Dunia Pertama. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *