Home » Langit Terbuka » Masjid disaran adakan solat sunat istisqa selepas solat Jumaat

Masjid disaran adakan solat sunat istisqa selepas solat Jumaat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata sebagai seorang Muslim, setiap umat Islam perlu berdoa supaya segala masalah dan musibah dikurangkan. - Foto Iluminasi.com

KUALA LUMPUR – Semua masjid di seluruh negara disaran melaksanakan solat sunat Istisqa selepas menunaikan solat Jumaat bagi memohon doa diturunkan hujan supaya masalah jerebu dapat dikurangkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata sebagai seorang Muslim, setiap umat Islam perlu berdoa supaya segala masalah dan musibah dikurangkan.

Oleh itu, saya menyeru semua masjid mengadakan solat sunat Istisqa bagi memohon hujan dan mengurangkan jerebu. Semoga Allah memelihara negara ini daripada jerebu serta bencana yang tidak diingini,” katanya dalam kenyataan.

Beberapa negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak merekodkan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) daripada sederhana kepada tahap sangat tidak sihat iaitu 200 sehingga menyebabkan sebanyak 1,484 sekolah di tujuh negeri diarahkan tutup.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya. – Bernama

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *