Home » Langit Terbuka » Menteri Agama tinjau persiapan operasi, dokumentasi bakal jemaah haji 1445H

Menteri Agama tinjau persiapan operasi, dokumentasi bakal jemaah haji 1445H

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar semalam berkesempatan membuat tinjauan mengejut ke Ibu Pejabat Tabung Haji di sini, bagi melihat kerja-kerja operasi dan dokumentasi bakal jemaah haji yang akan berlepas tidak lama lagi.

Mohd Na’im bersama pengurusan tertinggi turut meninjau gerak kerja di Unit Passport dan Visa Tabung Haji yang memproses dokumentasi visa, passport, pembahagian tempat penginapan serta penerbangan bakal jemaah haji.

“Saya memberikan ingatan kepada semua warga TH untuk bertugas sepenuh hati kerana ini adalah bakti kita kepada agama, negara dan ummah.

“Semoga segala urusan para jemaah haji Malaysia dipermudahkan, Allah jua akan mempermudahkan segala urusan hidup kita dengan asbab tugasan kita yang penuh ikhlas dan itqan,” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Mohd Na’im mengulas, beliau amat memahami pengorbanan serta daya juang tinggi pegawai dan kakitangan Tabung Haji yang mahu memberikan perkhidmatan terbaik kepada umat Islam.–AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *