Home » Citra Yadim » Masjid Lubuk Periuk terima sumbangan YADIM

Masjid Lubuk Periuk terima sumbangan YADIM

HULU TERENGGANU – Masjid Lubuk Periuk, Ajil, di sini yang merupakan masjid angkat kepada YADIM Terengganu pada 11 Mac telah menerima sumbangan wang tunai, kanopi dan 100 naskhah Al Quran sebagai usaha mengimarahkannya.

Wang tunai RM1,000, dua unit kanopi sebagai surau mudah alih dan naskhah al Quran tersebut disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan yang hadir ke masjid tersebut.

Hadir sama ke majlis tersebut ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian tinggi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Yang Berhormat Ustaz Haji Maliaman Kassim dan Pengarah YADIM Terengganu, Nasrul Hadi Saiadin.

Turut diadakan ialah penyampaian sumbangan kepada seramai 80 mangsa banjir di kawasan ini. Setiap mereka menerima barangan keperluan harian daripada YADIM.

Dalam majlis ini juga, Ustaz Nasrudin melancarkan penubuhan pasukan Sukarelawan YADIM Ajil. Seramai lapan orang telah pun menyertai pasukan ini.

“Alhamdulillah, sudah hampir 10,000 penyertaannya (Sukarelawan YADIM). Kita turun dalam dua kategori sama ada program kebajikan mahupun program langsung untuk dakwah.

“Walaupun ia program kebajikan, ia bermaksud juga mendekatkan gerakan dakwah kepada masyarakat, bagi membolehkan mereka terima dakwah Islam dengan mudah,” kata Ustaz Nasrudin.

Terdahulu pada 8 Mac, YADIM telah mengadakan program Cuci Cuci di sini sebagai antara usaha melestari gerakan dakwah dan menyatakan hasrat untuk menjadikannya sebagai masjid angkat, selepas melihat potensinya untuk kembali bangkit dan mengimarahkannya.

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *