Masjidil Haram kembali dibuka

0
339
Sejak pertengahan Mac lalu, Arab Saudi mengambil pendekatan drastik bagi memerangi penularan Covid-19 dengan menggantung pelaksanaan umrah dan solat di Masjidil Haram. - Foto Lenteratoday.com

Jeddah – Selepas lebih enam bulan sekatan ibadat umrah dikuatkuasakan berikutan penularan Covid-19, Masjidil Haram kembali dibuka dengan ketibaan kumpulan jemaah pertama pada 4 Oktober.

Lebih 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia berkongsi kegembiraan apabila kumpulan jemaah ini dibenarkan masuk ke Masjidil Haram mulai jam 6 pagi selepas membuat permohonan melalui aplikasi I’tamarna yang disediakan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Sejak pertengahan Mac lalu, Arab Saudi mengambil pendekatan drastik bagi memerangi penularan Covid-19 dengan menggantung pelaksanaan umrah dan solat di Masjidil Haram.

- advertisement -

Arab News melaporkan bagi menampung kuota 6,000 jemaah yang dibenarkan dalam masa sehari, Kementerian Haji dan Umrah menyediakan lima lokasi berasingan termasuk di Al-Gaza, Ajyad dan Al-Shasha bagi membolehkan jemaah bersama petugas kesihatan profesional menaiki bas ke Masjidl Haram.

Kira-kira 1,000 petugas dilatih bagi memantau sepanjang proses umrah di Masjidil Haram dan proses pembersihan dan nyahkuman di Masjidil Haram dilakukan sebanyak 10 kali dalam masa sehari.

Kawasan mataf yang terletak di sekitar Kaabah yang boleh memuatkan 2.5 juta jemaah dipilih sebagai lokasi bagi umat Islam menjalani umrah kali ini.

Ruang khusus sebagaimana disediakan untuk jemaah yang melaksanakan haji pada Ogos lalu turut diperkenalkan bagi memudahkan akses sepanjang mereka berada di Masjidil Haram. – Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here