Home » Citra Yadim » MAWAR akan tingkat hubungan korporat

MAWAR akan tingkat hubungan korporat

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan meningkatkan hubungan korporat dengan pihak kerajaan dan swasta tahun ini untuk mempromosikan lagi produk produknya kepada komuniti sasaran mereka.

Pengerusi MAWAR, Yang Berusaha Dr Hafizah Mustakim memberikan contoh, penganjuran program Anugerah Keluarga Mithali YADIM oleh pihaknya yang perlu dihebahkan lebih lanjut kepada masyarakat agar mereka sedar dan memahami apakah implikasi serta faedah penganjurannya.

“Jadi kita boleh lihat di sini, tugas Bahagian Media dan Korporat untuk menghubungkan serta menghebahkan produk MAWAR.

“Anugerah Keluarga Mithali, yang terdekat ini tugas kita untuk perkemas lagi kertas kerja program, jelajah , serta ‘jual’ produk ini kepada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, mudah mudahan ia akan jadi cara untuk kita bawa mesej Islam yang rahmah dalam masyarakat,”katanya.

Hafidzah berkata demikian dalam Majlis Penutup Pemukiman MAWAR-YADIM di sini pada 9 Februari.

Pemukiman selama dua hari itu bertujuan merangka bajet, gerak kerja dan pelan tindakan MAWAR untuk tahun ini dan akan datang.

Hadir sama dalam majlis penutupan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Dalam pada itu, Hafidzah mengingatkan tanggungjawab melaksanakan hubungan korporat ini adalah sesuatu yang perlu dilaksanakan secara berterusan.

Usaha oleh Bahagian Media ini jelasnya, adalah yang bakal membolehkan MAWAR mencapai cita cita dan tujuan program programnya.

Sementara itu, Tuan Kamarul Arief ketika slot ucapannya berkata, peranan MAWAR di bawah YADIM sebagai sesuatu yang tidak boleh disangkal kepentingannya.

Isu isu wanita yang dibawa MAWAR ujarnya, adalah penting untuk dibangkitkan dan ditangani dengan segera.

Tambah beliau, YADIM menyokong program program dilaksanakan MAWAR yang sememangnya pantas dan cakna terhadap isu isu di sekelilingnya.  

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *