Home » Langit Terbuka » McDonald’s Malaysia bayar zakat perniagaan sebanyak RM1 juta.

McDonald’s Malaysia bayar zakat perniagaan sebanyak RM1 juta.

KUALA LUMPUR – Syarikat operasi McDonald’s Malaysia, iaitu Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd telah membuat pembayaran zakat sebanyak RM1 juta kepada pihak berkuasa zakat Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat tersebut berkata, zakat perniagaan itu dibayar pada Disember lepas bagi tempoh satu tahun setelah pengambilalihan syarikat berkenaan oleh Lionhorn Pte Ltd, anak syarikat Reza Group Arab Saudi pada 1 Disember 2016.

“Zakat itu dibayar kepada pihak berkuasa zakat negeri yang berkaitan berdasarkan aset semasa bersih bagi tempoh 1 Disember 2016 hingga 30 November 2017,” katanya.— BERNAMA

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *