Home » Citra Yadim » Melahirkan pemimpin berketrampilan

Melahirkan pemimpin berketrampilan

KOTA BHARU 23 Mei – Dalam melahirkan pemimpin yang berketrampilan dan mampu memahami isu-isu semasa, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Cawangan Kelantan telah menganjurkan siri-siri Kursus Jati Diri dan Kepimpinan melibatkan kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri di negeri ini.

Pengurus Eksekutif YADIM Zon Timur, Mahadi Awang berkata, melalui kursus yang diadakan itu, para peserta yang terdiri daripada pemimpin setempat telah diberi pendedahan kepada isu-isu semasa termasuk yang berkaitan dengan kepentingan Islam di negara ini.

“Kursus ini dirangka sedemikian rupa bagi memberi kesedaran kepada para pemimpin setempat tentang peri pentingnya untuk mereka memahami setiap isu yang berlaku itu kerana ia mungkin memberi kesan besar kepada masyarakat secara keseluruhannya.

“Melalui kursus ini juga diharapkan dapat  memperkasakan kepimpinan di peringkat akar umbi khususnya yang terlibat dengan kepimpinan dalam bahagian setempat,’’ katanya.

Beliau berkata, dalam program yang diadakan itu seramai lebih 1,000 pemimpin setempat telah mengikuti kursus yang diadakan sebanyak empat kali pada April dan Mei.

Menurutnya, antara pengisian program ini termasuk ceramah daripada pakar-pakar isu semasa dari Institut Kajian Strategik Islam (IKSIM) yang mengupas dengan mendalam beberapa isu yang melingkari umat Islam masa kini.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *