Home » Langit Terbuka » Melaka bantah penganjuran ‘ratu pondan’ – Exco

Melaka bantah penganjuran ‘ratu pondan’ – Exco

Rahmad - Foto Sinar Harian

MELAKA – Melaka menegaskan tidak akan membenarkan sebarang penganjuran acara peragaan ‘ratu pondan’ yang didakwa bakal diadakan di sebuah hotel terkemuka di negeri ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat ini belum ada sebarang permohonan rasmi dibuat namun pihaknyak telah mengenal pasti penganjur program berkenaan.

Beliau berkata, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) juga akan memanggil penganjur program itu minggu hadapan bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung penganjuran tersebut.

“Sebenarnya isu ini pun kita tahu melalui media sosial kerana belum ada apa-apa permohonan daripada pihak penganjur, namun kita ke arah untuk membatalkannya dan saya tidak akan benarkan (penganjuran).

“Acara seumpama ini tidak boleh diadakan di Melaka, dan kepada mana-mana penganjur saya ingatkan jangan sengaja cuba anjurkan apa jua program yang boleh membangkitkan kemarahan umat islam,” katanya ketika dihubungi di sini.

Terdahulu, poster berhubung penganjuran berkenaan tular di media sosial dan mendapat reaksi pelbagai pihak.

Acara itu kononnya akan diadakan di sebuah hotel di Melaka pada 23 Julai ini yang bakal melibatkan peserta dari dalam dan luar negara.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan menerima laporan berhubung penganjuran yang bakal dibuat itu.

 

Artikel Berkaitan

SEBATI Madani Pulau Ketam

Ia bermula dengan tazkirah Maghrib oleh Daie Muda YADIM (DMY), Khairun Najmi Fadzil pada 26 Februari dengan tajuk ‘Metodologi Dakwah Rasulullah SAW’

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *