Home » Langit Terbuka » Melaka benar solat Jumaat kapasiti penuh bermula 1 Oktober

Melaka benar solat Jumaat kapasiti penuh bermula 1 Oktober

Ketetapan baharu di Melaka itu terpakai bagi solat Jumaat di semua masjid kerajaan, masjid kariah atau institusi dan surau Jumaat dengan mematuhi semua prosedur operasi standard . - Foto MelakaHariIni

AYER KEROH  – Solat Jumaat di masjid dan surau di negeri ini dibenarkan mengikut kapasiti penuh dengan penjarakan fizikal bermula 1 Oktober ini.

 

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat berkata, ketetapan baharu itu susulan Melaka telah memasuki fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) 4 September lalu.

 

Katanya, ketetapan baharu itu terpakai bagi solat Jumaat di semua masjid kerajaan, masjid kariah atau institusi dan surau Jumaat dengan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP)

 

“Solat Jumaat dalam bangunan masjid yang jemaah biasa bersolat dibenarkan berdasarkan kapasiti masjid dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

 

“Pembinaan khemah tambahan adalah dilarang,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada 29 September.

 

Manakala bagi solat fardu dan solat jenazah pula katanya, syarat sama terpakai, namun hanya dibenarkan maksimum 500 jemaah bagi masjid kerajaan.

 

Bagi masjid kariah dan institusi pula katanya, jumlah maksimum dibenarkan hanya 200 orang selain surau Jumaat maksimum 100 orang.

 

“Aktiviti di masjid dan surau yang masih ditangguhkan adalah penganjuran majlis yang melibatkan perhimpunan ramai, jamuan, kecuali agihan makanan berbungkus dibenarkan.

 

“Turut dibenarkan aktiviti gotong-royong dan aktiviti jemaah tabligh selain warganegara asing untuk menghadiri aktiviti pengimarahan namun perlulah lengkap vaksin,” katanya. – MelakaHariIni

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *