Home » YADIM MADANI » Memacu Kecemerlangan Pendidikan MADANI

Memacu Kecemerlangan Pendidikan MADANI

KUALA TERENGGANU – Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dari beberapa daerah di Terengganu telah menyertai Bengkel Pemerkasaan Kenegaraan, Pendidikan dan Kecemerlangan MADANI, sebagai usaha memperkukuh budaya ilmu dan membentuk generasi berakhlak pada 23 Julai.

Program ini merupakan kerjasama YADIM Negeri Terengganu, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu.

Bengkel ini mengetengahkan dua slot utama: Bicara Ilmu: Transformasi Pusat Sumber Sekolah Memacu Kecemerlangan Pendidikan MADANI, dan slot Pemerkasaan Kenegaraan, Pendidikan dan Kecemerlangan MADANI yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Akademi Kenegaraan Negeri Terengganu, Puan Mastura Johar.

Sempena penutupan bengkel, Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin menyampaikan sesi Kalam MADANI sebelum merasmikan majlis penutupan. Turut berlangsung Majlis Menandatangani Surat Niat antara Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu dan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Hadir sama ialah Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Encik Arman A. Razak, serta Pendaftar UMT yang menjalankan fungsi Ketua Pustakawan, Haji Ts. Wan Abdul Manan Wan Abdullah.

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *