Home » YADIM MADANI » Pertandingan Pidato Celik MADANI Negeri Pahang

Pertandingan Pidato Celik MADANI Negeri Pahang

KUANTAN – YADIM Negeri Pahang turut tidak ketinggalan mengadakan Pertandingan Pidato Celik MADANI untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat para pelajar di sekolah tersebut.

Dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai rakan kerjasama, Penjurian Saringan Awal Pertandingan Pidato Celik MADANI Peringkat Negeri Pahang Tahun 2026 di telah diadakan di Dewan Y-PAC, Kuantan pada 24 Julai.

Penjurian ini bertujuan memilih peserta terbaik ke peringkat akhir pertandingan melalui proses penilaian yang telus, adil dan profesional, di samping menjadi platform menyemai nilai-nilai MADANI, integriti dan antirasuah dalam kalangan peserta.

Panel YADIM Negeri Pahang ialah Pengarahnya, Ustaz Aizuddin Hakim Mohd. Yusof serta Penolong Pengarah beliau, Puan Nur Shuhada Ibrahim, manakala wakil SPRM Pahang ialah Penolong Penguasa, Unit Penyiasatan Tatakelola, Puan Norhidayah Md. Nor. Kesemua panel telah menilai penyertaan berdasarkan aspek kandungan pidato, penyampaian, gaya persembahan, penguasaan bahasa serta pematuhan terhadap tema pertandingan.

Penilaian dibuat secara menyeluruh bagi memastikan hanya peserta yang memenuhi standard dan kriteria yang ditetapkan dipilih untuk mara ke peringkat akhir.

Peserta yang berjaya melepasi peringkat saringan awal akan dimaklumkan untuk meneruskan saingan ke peringkat akhir pertandingan.

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *