Home » Citra Yadim » Membina integriti pegawai polis

Membina integriti pegawai polis

Dr. Yusri Mohamad bergambar kenangan bersama dengan peserta

SETIU – Seramai 78 pegawai kanan polis dari seluruh negara berkumpul di Peladang Setiu Agrotourism And Resort, Terengganu, di sini bagi mengikuti program Seminar Jati Diri dan Kepimpinan Berintegriti yang dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Program berkenaan turut  mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Agama Islam Wilayah persekutuan (MAIWP)  dan telah berlangsung selama tiga hari iaitu dari 11 hingga 13 Januari 2016.

Seminar itu antara lain bertujuan melahirkan pemimpin Islam yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, memantapkan sahsiah jati diri dalam diri pemimpin Muslim serta menggeratkan tautan ukhuwwah yang lebih sinergi di kalangan mereka.

Antara pengisian program itu termasuk ceramah berkaitan integriti dan kepimpinan dari perspektif Islam, isu semasa dan perang pemikiran, terapi psikologi, bengkel, aktiviti luar dan bicara bersama tokoh-tokoh tertentu.

Majlis penutupan program itu telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Yadim, Dr. Yusri Mohamad, manakala yang turut hadir adalah Ketua Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, SAC Abdul Majid Mohd Ali dan Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hashim Abd Jalil.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *