Home » Langit Terbuka » Menteri wanita Islam pertama berucap di Parlimen Britain

Menteri wanita Islam pertama berucap di Parlimen Britain

Nusrat Ghani berucap di Parlimen Britain. Foto : i.ytimg.com

LONDON 20 Jan. – Nusrat Ghani mencipta sejarah apabila menjadi menteri wanita Islam pertama berucap di Parlimen Britain, kelmarin.

Nusrat yang baharu dilantik sebagai Menteri Pengangkutan diberi tepukan gemuruh ketika beliau menjawab soalan mengenai akses stesen untuk golongan kurang upaya.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Wealden sejak 2015 dilahirkan di Kashmir, Pakistan.

Sementara itu, Setiausaha Pengangkutan Chris Grayling berkata, pelantikan Nusrat membuktikan bahawa Parti Konservatif (Tories) adalah parti yang saksama.

“Kami adalah parti yang penuh peluang…menteri wanita Islam yang yang pertama berucap di Dispitch Box.

“Tahniah buat Nusrat, saya bangga duduk di sebelah beliau,” katanya.

Nusrat, 45, pernah bertugas di BBC World Service sebelum bertanding atas tiket Parti Konservatif di Birmingham pada pilihan raya umum 2010. – BBC

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *