Home » Langit Terbuka » Rantau Islam perlu pentadbiran sendiri

Rantau Islam perlu pentadbiran sendiri

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte. Foto : www.japantimes.co.jp

MANILA 20 Jan.  – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte kelmarin menggesa Kongres meluluskan rang undang-undang yang memberi pemerintahan sendiri kepada minoriti Islam.

Beliau turut memberi amaran bahawa kejatuhannya akan menyaksikan kumpulan pemberontak meninggalkan proses damai dan kembali mengisytiharkan perang.

“Saya menggesa semua orang untuk memahami sudah tiba masanya ketidakadilan sejarah yang dilakukan kepada mereka diperbetulkan. Jika tiada apa berlaku kepada Undang-Undang Asas Bangsamoro (BBL), akan berlaku perang di Mindanao,” tegasnya.

Menurut Duterte, beliau tidak dapat mengawal kumpulan pemberontak sekiranya mereka mengangkat senjata dan menuntut kemerdekaan di selatan negara itu.

Kumpulan pemberontak terbesar Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menandatangani perjanjian damai dengan pemerintah pada 2014 untuk mengakhiri konflik hampir 50 tahun yang telah meragut lebih 120,000 nyawa dan memindahkan dua juta orang. – Reuters

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *