Home » Citra Yadim » Mentor Mentee keagamaan AADK – YADIM Kedah

Mentor Mentee keagamaan AADK – YADIM Kedah

KUALA MUDA – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah telah bekerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah bagi penganjuran sebuah program keagamaan untuk Orang Kena Pengawasan (OKP) di sini pada 28 Jun.

Seramai 18 OKP dari sekitar daerah ini telah terlibat dengan program berkenaan yang diadakan di Surau AADK Kuala Muda di sini. Ceramah bertajuk ‘Kelebihan Al Quran’ telah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Sofi Mohamad Akhir dari Rebatelife Islamic Training and Consultancy.

Antara yang disentuh beliau tentang hukum tajwid dan cara bacaan betul surah Al-Fatihah.

Program selama tiga jam bermula 9 pagi ini telah dikendalikan secara bersama dengan Unit Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK Daerah Kuala Muda.

AADK Kuala Muda mengucapkan terima kasih kepada YADIM Kedah kerana membawakan pengisian program yang mudah dan ringkas, namun memberikan impak berguna kepada para OKP yang menghadirinya.

Kedua pihak sebelum ini telah beberapa kali bekerjasama mengadakan program untuk manfaat masyarakat, terutamanya mengenai pencegahan dan rawatan ketagihan dadah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *