YADIM Sabah tinjau mangsa banjir, atur bantuan segera

KOTA BELUD – Banjir di Sabah yang semakin buruk menyebabkan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan bertambah. Justeru, YADIM Sabah melaksanakan tinjauan keadaan mangsa banjir di pusat pemindahan di sini dan di beberapa kawasan yang dilanda bencana itu sebelum bertindak mengatur persiapan untuk menyantuni mangsa bencana itu. Pengarah YADIM Sabah,Samin Ongki yang melakukan tinjauan pada […]

MERSY RSY di Kelantan

KUALA KRAI – Selepas Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Perlis, program Musa’adah Hal Ehwal Rakan Siswa YADIM PKPP Covid-19 (MERSY) diadakan di negeri ini pula. Seramai 12 pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) Kelantan, diketuai Ziyad Che Azhary pada 28 Jun telah menyampaikan bantuan kepada 10 ahli RSY dari kalangan keluarga asnaf dan B40. […]

Ziarah mangsa kebakaran di Sering, Pengkalan Chepa.

SERING – Pada 11 Jun lalu sekitar jam 7.40 malam, sebuah kediaman di Kampung Senang di sini musnah terbakar, dipercayai akibat litar pintas. Kejadian malang itu mengakibatkan Wan Mohd Daud Wan Sulong dan sembilan lagi ahli keluarganya kini terpaksa tinggal berhimpit di dapur kediamannya, memandangkan hanya itu sahaja bahagian rumahnya yang tidak musnah dalam kejadian […]

Hina Islam, penyelia kilang didenda RM6,000

KUALA LUMPUR – Akibat menghantar komunikasi jelik dan menghina agama Islam menerusi akaun Facebook, seorang penyelia kilang perabot didenda RM6,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, hari ini (29 Jun). Koh Teen Ern, 37, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan bersalah, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim MM […]

Mentor Mentee keagamaan AADK – YADIM Kedah

KUALA MUDA – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah telah bekerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah bagi penganjuran sebuah program keagamaan untuk Orang Kena Pengawasan (OKP) di sini pada 28 Jun. Seramai 18 OKP dari sekitar daerah ini telah terlibat dengan program berkenaan yang diadakan di Surau AADK Kuala Muda di sini. Ceramah […]

100 keluarga mangsa banjir terima sumbangan YADIM Johor

PARIT SULONG – Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang melanda negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor telah menyantuni seramai 100 keluarga mangsa bencana terbabit pada 28 Jun. Dengan kerjasama pejabat Ahli Parlimen Parit Sulong, YADIM Johor menyampaikan bungkusan makanan kering kepada keluarga mangsa yang terbabit. Sumbangan disampaikan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong merangkap […]

98 asnaf,orang Asli terima manfaat Ziarah Sinar Kasih Musa’adah Covid-19 Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Seramai 98 keluarga asnaf dan Orang Asli menerima manfaat daripada program Ziarah Sinar Kasih Musa’adah Covid-19 Negeri Sembilan yang berakhir pada 28 Jun. Program dengan konsep jelajah itu menyantuni dua golongan tersebut yang sebelum ini terkesan dengan Covid-19 yang melanda negara. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan yang menganjurkan program tersebut, […]