Home » Citra Yadim » MERSY diteruskan di Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur

MERSY diteruskan di Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur

SEREMBAN – Program Musaadah Hal Ehwal Rakan Siswa YADIM (MERSY) diteruskan di negeri ini pada 21 Jun.

Kali ini seramai 10 ahli Rakan Siswa YADIM (RSY) dari kalangan keluarga B40 di Port Dickson, Rembau, Labu, Batu Kikir, Juaseh, Gemas dan bandar raya ini disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian.

Mewakili YADIM ialah Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM, Shahrizal Mat serta Muhammad Naqiuddin Omar selaku pengarah program. Hadir sama ialah Penyelaras RSY Negeri Sembilan, Nurul Ashikin Zakaria serta pegawai KEMUDA, Anis Razani.

Terdahulu pada 20 Jun, 10 keluarga ahli RSY dari kalangan B40 di Sentul, Gombak, Kajang,Rawang Klang, Kuala Kubu Baru, Kajang dan Kampung Pandan menerima sumbangan barangan keperluan harian dalam program yang sama.

Hadir dalam program di sekitar lembah Klang ini ialah Penolong Pengarah KEMUDA, Muhamad Mirzan Abdul Majid, Anis dan Nazia Aqilah Mohd Anuar.

MERSY selepas ini akan dilanjutkan ke Perlis pula.

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *