Home » Citra Yadim » Mesej dakwah menerusi riadah

Mesej dakwah menerusi riadah

KUALA NERUS – Sukan merupakan antara medium paling berkesan menyatukan dan menyampaikan mesej kepada masyarakat.

Ini termasuklah juga mesej mesej dakwah. Mengambil kesempatan daripada ini, YADIM Terengganu dengan kerjasama Kelab Penyokong Bola Sepak Negeri Terengganu serta rakan rakan badan bukan kerajaan di sini telah mengadakan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah pada 8 Januari lalu.

Seramai 150 peserta menyertainya yang diadakan di padang tiruan Stadium Gong Badak di sini.

Dalam kejohanan ini, diselitkan slot tazkirah selama 30 minit yang bertajuk  ‘Sukan Dalam Islam’ oleh Ustaz Abdul Halim Awang. Dalam tazkirah ini diterangkan mengenai pemahaman yang betul serta konsep bersukan yang sebenar berlandaskan Islam.

 

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *