Home » Langit Terbuka » Mesir tangkap gay besar-besaran

Mesir tangkap gay besar-besaran

MESIR, 3 Okt. – Penahanan seramai 22 orang tiga hari lalu adalah sebahagian tindakan tegas yang dikenakan terhadap kumpulan gay selepas bendera pelangi dinaikkan pada konsert Mashrou Leila, baru-baru ini.

Pendakwa raya Mesir mengumumkan akan melakukan siasatan setelah media tempatan melancarkan kempen terhadap mereka yang menaikkan bendera pelangi pada konsert tersebut yang menampilkan kumpulan rock alternatif Lebanon dimana penyanyi utamanya juga adalah gay.

Dalam operasi besar-besaran sejak konsert itu minggu lalu, polis telah menahan Ahmed Alaa dan Sarah Hegazy, merupakan wanita pertama yang terlibat dalam kes berkaitan gay ini.

“Mereka akan didakwa kerana menyertai kumpulan yang bertentangan dengan undang-undang dan menyebar idea kumpulan. Manakala Hegazy pula menghadapi tuduhan selanjutnya iaitu mempromosi perbuatan jahat dan seksual terlarang.

“Sehubungan itu, pihak berkuasa Mesir menahan mereka selama 15 hari,” kata peguam Amr Mohamed.

Walaupun homoseksualiti tidak secara khusus diharamkan di Mesir, namun kegiatan gay ini tidak bermoral dan berleluasa dalam masyarakat. Penangkapan yang dibuat tertakhluk kepada pemeriksaan yang dijalankan untuk menentukan sama ada mereka telah melakukan hubungan seks sesama jenis.

“Bagi tempoh beberapa hari, dengan bantuan berpuluh-puluh orang dari pasukan keselamatan Mesir telah melancarkan lima pemeriksaan dalam proses membanteras komuniti LGBT berikutan kejadian bendera pelangi dikibarkan,” kata Pengarah Amnesty International bagi Afrika Utara, Najia Bounaim.

Setakat ini, dilaporkan kira-kira 33 orang dipercayai gay telah ditahan sejak 23 September lalu. – Agensi

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *