Home » Citra Yadim » Mesyuarat lanjutan Sistem Pawah YADIM dengan Kementerian Industri Asas Tani

Mesyuarat lanjutan Sistem Pawah YADIM dengan Kementerian Industri Asas Tani

PUTRAJAYA – Komited untuk menjayakan program Sistem Pawah YADIM (SPY), satu perbincangan lanjutan telah diadakan bersama dengan Bahagian Pembangunan Komoditi Ternakan, Kementerian Industri Asas Tani di sini pada 16 Oktober lalu.

Perbincangan selama 2 jam itu menyaksikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Bahagian Pembangunan Komoditi Ternakan berjaya mencapai kata sepakat untuk sama sama menjayakan SPY.

Dalam perbincangan kali kedua ini,  YADIM diwakili oleh Timbalan Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Mohd Zaidi Ramli, Pegawai Khas Ustaz Mohd Firdaus Mohd Rusli, Ustaz Arif Adzwan Ali, (Bahagian Pembangunan Ummah) dan Ustaz Norisham Hamzah (Ketua Unit Dakwah Siber).

Bahagian Pembangunan Komoditi Ternakan pula diwakili oleh Timbalan Pengarahnya, Dr. Kamaliah Ghazali Timbalan Pengarah, Dr. Ahmad Nazri Abdul Rahman (Ketua Penolong Pengarah), Dr. Syuhada Ahmad Kamil (Penolong Pengarah Kanan), Dr. Norlinda dan Encik Mohammad Sani Abdul Shukur.

SPY merupakan sebuah projek YADIM yang berhasrat mengeluarkan asnaf daripada belenggu kemiskinan melalui sistem ternakan kambing.

Para peserta disasarkan untuk menjadi pembayar zakat perniagaan dalam tempoh dua tahun selepas menyertai skim ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *