Home » Langit Terbuka » Militan Daesh target Cina Muslim untuk rekrut ahli baharu

Militan Daesh target Cina Muslim untuk rekrut ahli baharu

KUALA LUMPUR, 27 Sept. – Kumpulan militan Daesh kini dikesan cuba merekrut Cina Muslim di rantau ini untuk menyertai kumpulan berkenaan, lapor akhbar Oriental Daily.

Pegawai Bahagian Kajian dan Strategik Cawangan Khas PDRM Bukit Aman, Deputi Superintendan Tan Kok Tiang berkata, perkara itu terbongkar selepas polis menemui laman web serta laman sosial milik kumpulan pengganas berkenaan yang memaparkan lagu dalam bahasa Mandarin.

“Kumpulan berkenaan dikenal pasti cuba mempengaruhi orang ramai menjadi anggota baharu menerusi propaganda yang disampaikan menerusi laman web itu.

“Agak ramai suspek anggota militan Daesh ini berasal dari Johor. Ini membuktikan Johor telah menjadi lokasi persembunyian dan Segamat adalah salah satu daripadanya .

“Sebab itu polis ambil keputusan untuk mengadakan seminar melalui persatuan daerah di Johor untuk menerangkan keadaan semasa ketika,” katanya pada Seminar Anti Keganasan, anjuran bersama Persatuan Perniagaan Cina Segamat, persatuan ketua-ketua kampung Cina Segamat dan Balai Polis Segamat, kelmarin.

Kok Tiang yang bimbang dengan keadaan itu berkata, pihaknya menyeru kepada kaum Cina agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang cuba dibawa oleh militan Daesh berkenaan.

“Setakat ini di China, seramai 800 Cina Muslim etnik Uyghur di Wilayah XinJiang dikesan terlibat dalam kegiatan militan Daesh,” katanya.

Sementara itu, sumber polis mengesahkan militan Daesh cuba menyusup masuk ke negara ini melalui negeri-negeri yang mempunyai pintu masuk antarabangsa.

“Mereka bukan setakat mahu mempengaruhi kaum Cina malahan terdapat pelbagai bahasa digunakan untuk menarik minat kaum dan bangsa lain yang ada di rantau ini menyertai kumpulan berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, empat lelaki termasuk seorang warga tempatan yang terlibat Daesh ditahan polis Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman dalam beberapa siri tangkapan sejak 2 Ogos hingga 17 September lalu.

-ISMAWEB

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *