Home » Langit Terbuka » Mindef siap siaga hantar tentera jika ada keputusan – Tok Mat

Mindef siap siaga hantar tentera jika ada keputusan – Tok Mat

Tok Mat - Foto eCentral

Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan (Mindef) sudah bersiap siaga menghantar pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekiranya Kementerian Luar membuat keputusan mengenai isu pergolakan Palestin.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, anggota itu juga termasuk pasukan pengaman Malaysia Battalion (MALBATT) yang sedang bertugas di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

Bagaimanapun katanya, setakat ini, tiada sebarang keputusan dibuat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar tentera pengaman ke Palestin.

“Perkara berhubung perkembangan terkini Palestin sudah dijelaskan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ketika sesi penerangan pada 16 Oktober lalu.

“Keputusan menghantar tentera pengaman secara sepihak (uniteral) ke sesuatu kawasan bergolak bukan keputusan mudah dan memerlukan penilaian pelbagai pihak termasuk Kementerian Luar, pandangan negara bergolak atau kritikal dan paling utama perlu mendapat mandat jelas daripada PBB,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2024 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Mohamad berkata, pada ketika ini, MINDEF mengikuti perkembangan Palestin secara dekat di samping Malaysia komited memberi sokongan terhadap usaha mencapai keamanan sejagat di bawah panji PBB.

“Sehubungan itu, MINDEF akan memberi kerjasama penuh kepada Kementerian Luar jika diperlukan bagi membantu urusan evakuasi rakyat Malaysia di kawasan terkesan di samping memantau tahap keselamatan anggota MALBATT di Selatan Lubnan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, sejak 1960, ATM terbabit 37 misi sama ada sebagai tentera pengaman atau tentera pemerhati seperti seperti misi pengaman di Congo, Namibia, Somalia, Kemboja dan Bosnia Herzegovina, Timor Timur dan terbaharu, selatan Lubnan.

“Sehingga kini ATM masih terbabit dalam lima misi antarabangsa di bawah Misi PBB, iaitu satu Misi Pengaman Lubnan mulai 2007 dan empat misi pemerhati Peluru Berpandu Penstabilan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Republik Demokratik Congo Congo (United Nation Organization Stabilization Missil DR Congo) sejak 2000.

“Tiga lagi pembabitan anggota ialah menerusi misi, Sahara Barat (MINURSO sejak 1991, United Nations Interim Security Force for Abyei (UNISFA) di wilayah Abye sejak 2006 dan Yaman sejak 2021,” katanya.

Mengenai saranan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) untuk menyuarakan cadangan kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC, Mohamad berkata Malaysia tertakluk kepada PBB.

“Tentera pengaman perlu melalui PBB dan kita (MINDEF) perlu tunggu Kementerian Luar, kita akan ke sana jika ada keputusan,” katanya.

Artikel Berkaitan

SEBATI Madani Pulau Ketam

Ia bermula dengan tazkirah Maghrib oleh Daie Muda YADIM (DMY), Khairun Najmi Fadzil pada 26 Februari dengan tajuk ‘Metodologi Dakwah Rasulullah SAW’

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *