Home » Citra Yadim » Misi bantuan banjir SAY Kuala Langat

Misi bantuan banjir SAY Kuala Langat

TELOK PANGLIMA GARANG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat terus cakna dengan keperluan dan situasi memerlukan masyarakat.

Prihatin dengan bencana banjir yang melanda kawasan ini, SAY Kuala Langat pada 18 Disember menyampaikan bantuan kepada 20 penduduk di Kebun Bharu, Sijangkang dan Kampung Medan yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara.

Mereka yang dibantu termasuklah keluarga Orang Kelainan Upaya dan dua buah keluarga berketurunan India.

Misi bantuan ini akan diteruskan lagi selepas ini kepada lebih ramai lagi mangsa banjir di sini.

Turun padang menyampaikan sumbangan ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *