Home » Citra Yadim » Seminar Penghayatan Islam Bahasa Mandarin diperluas ke seluruh negara

Seminar Penghayatan Islam Bahasa Mandarin diperluas ke seluruh negara

JOHOR BAHRU – Inisiatif melestari gerakan dakwah di negara ini terus diperkasa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Program ikonik YADIM Johor, Seminar Penghayatan Islam Bahasa Mandarin bakal diperluaskan ke seluruh negara pada tahun hadapan.

Seminar berkenaan adalah untuk membimbing saudara kita  memahami, mendalami serta mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya di samping membantu mereka menyebarkan serta memperkenalkan agama ini kepada keluarga, sahabat, kawan-kawan mereka yang berhajat untuk mendalaminya.

Dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), seminar ini mula diadakan pada tahun 2004 di Johor dan tahun ini  merupakan kali yang ke 11.

YADIM terlibat sebagai penganjur bersama pada tahun 2018 dan 2019. Tahun lalu ia ditangguhkan disebabkan Covid-19.

Bagi tahun hadapan, ia dirancang untuk diadakan juga di Selangor dan Kuala Lumpur, selain pelaksanaan peringkat kebangsaan juga.

Selain itu, gandingan YADIM Johor dan MACMA juga telah berjaya melahirkan 30 pendakwah menerusi Program Pendakwah Bahasa Mandarin yang melibatkan ahli persatuan berkenaan.

Bergerak ke hadapan, YADIM akan terus bersama MACMA dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia khususnya di Johor dalam menganjurkan program Dakwah Not Yet Muslim, selain mengembangkannya ke seluruh negara.

Seminar Penghayatan Islam Bahasa Mandarin 2021diadakan pada 17 hingga 19 Disember dan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. Hadir sama ialah Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah.

Selain itu juga program Dakwah Not Yet Muslim akan dikembangkan ke seluruh Negara dengan penglibatan YADIM dan MACMA sebagai penganjur Bersama.

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *