Home » Citra Yadim » Misi bantuan pasca banjir SAY Kuala Langat

Misi bantuan pasca banjir SAY Kuala Langat

BUKIT CHANGGANG – Melihat sendiri kemusnahan yang dialami penduduk di Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang angkara banjir, mengundang rasa sebak dan simpati dikalangan ahli Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat yang menziarahi mereka pada 2 Januari.

Jika dilihat dari kesan banjir, ia hampir menenggelamkan sesebuah rumah penduduk.

Bukan sekadar ziarah, tetapi program  awal tahun 2022 SAY Kuala Langat yang diketuai oleh Pengerusinya Hasmawi Mahidin dan serta ajknya di kawasan RTB Bukit Changgang ini, menyantuni
20 keluarga menerusi sumbangan barangan keperluan harian.

Program SAY Kuala Langat ini kemudiannya berakhir di Dewan Orang Ramai Bukit Changgang apabila mereka memenuhi undangan kenduri Sekampung Sekampung yang  menghargai para petugas misi banjir dan penduduk yang terkesan dengan banjir baru-baru ini.

Semoga sumbangan yang diterima oleh penduduk dapat meringankan sedikit beban mereka walau ianya tidak seberapa.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *