Home » Citra Yadim » Sambutan meriah Sukan Bulan Dakwah YADIM Negeri Kelantan

Sambutan meriah Sukan Bulan Dakwah YADIM Negeri Kelantan

Kota Bharu – Sambutan yang meriah dan luar jangkaan.

Demikian boleh kita ringkaskan tentang penyertaan pasukan yang menyertai pertandingan Sukan Bulan Dakwah Yadim peringkat Negeri Kelantan. Ia menerima penyertaan hampir 250 peserta bagi acara senamrobik, futsal, bolajaring dan bowling padang.

Pertandingan sempena Bulan Dakwah 2.0 pada 1 Januari ini diadakan di Kompleks Sukan Panji di sini.

Ia diadakan dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan.

Bukan sekadar sukan semata mata, penganjuran ini juga bertujuan menerapkan elemen dakwah pada pesertanya.

Badan dakwah ini mahu menunjukkan bahawa tiada halangan bersukan dalam Islam, malah tuntutan agar menutup aurat dan bersolat juga masih boleh dilaksanakan meskipun kita aktif bersukan.

Bermula dengan acara Fun Walk sejauh 1.5 km yang disertai oleh 100 peserta, pertandingan diteruskan dengan acara futsal, bola jaring dan boling padang yang menerima penyertaan dari agensi kerajaan dan orang awam.

Perasmian Sukan Bulan Dakwah ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan NGO Negeri Kelantan, Yang Berhormat Haji Wan Roslan Wan Hamat, manakala majlis penutup pula telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *