Home » Langit Terbuka » Momentum kuasa ummah

Momentum kuasa ummah

Kuala Lumpur 19 Dis. -Perlu kuasa ummah untuk memberi tamparan hebat kepada negara kuasa besar dalam isu Baitulmaqdis bagi mengelakkan kawasan suci umat Islam itu hanya tinggal sejarah.

Menerusi bantuan yang digerakkan pertubuhan bukan kerajaan Islam, momentum itu perlu diteruskan masyarakat Islam di negara ini untuk menghantar bantuan ke Palestin sebagai bantuan berterusan kepada saudara seagama di sana.

Naib Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Ahmad Sani Araby Al-Kahery berkata, seperti juga penjajahan moden yang berlaku di tempat lain seperti Syria dan Rohingya, kempen oleh NGO adalah satu jalan menghantar mesej penyatuan kepada Amerika Syarikat dan Israel.

Katanya, sokongan padu perlu diberi kepada pemimpin negara dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan yang menyatakan pendirian menolak keputusan Presiden Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara baru Israel menggantikan Tel Aviv.

“Bila isu seperti Gaza ini timbul, kita perlu bangun kerana rakyat Malaysia bukan hanya setakat berdemonstrasi. Saya melihat, sudah sampai masanya rakyat Malaysia bergabung dan memberi sokongan kepada mereka yang peka dengan keadaan di Palestin.

“Usaha ummah ini perlu diteruskan kerana kita boleh menghantar mesej dengan jelas kerana momentum ummah itu sendiri dibina. Kita perlu berikan sokongan kepada dua pihak. Pertama dan yang paling dekat adalah NGO.

“Kedua, kita perlu bersama NGO ini terus desak kerajaan bagi kenyataan kecam Trump dan Israel. Kita kena beri mesej kepada kerajaan Malaysia sentiasa menyokong sekiranya kerajaan terus mengecam Israel,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden MAPIM, Abdul Aziz Abu Bakar berkata, apa yang berlaku hari ini adalah perancangan strategik Yahudi sejak Jun 1967 untuk menakluk Al Aqsa.

Katanya, berdasarkan corak tindakan, Yahudi sudahpun mengenakan larangan beribadat, menukar nama Islam kepada nama Yahudi serta melarang umat Islam Palestin masuk ke sana.

“Mereka gali 46 terowong di Al Aqsa, bina 100 kuil Israel dan letakkan lambang Yahudi di bawah terowong untuk menunjukkan mereka mempunyai hak ke atas Al Quds. Mereka juga bina prototaip kuil Israel, sedangkan Al Aqsa tidak ada kena-mengena dengan Yahudi

“Sebelum ini mereka hadkan umur, masa dan kini mengehadkan ruang, tempat berbumbung mereka beri pada Palestin manakala kawasan lapang mereka ambil,” katanya.- HARIAN METRO

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *