Home » Langit Terbuka » IMAMS akur keputusan kerajaan

IMAMS akur keputusan kerajaan

KUALA LUMPUR 19 Dis. : Integrated Manasik Monitoring System Sdn Bhd (IMAMS Sdn Bhd) akur dengan arahan kerajaan untuk menghentikan serta-merta perkhidmatan Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu (IMAMS), bermula Jumaat lalu.

Dalam satu kenyataan, IMAMS Sdn Bhd memberi jaminan untuk terus bekerjasama kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) serta pihak terbabit dalam memastikan transisi peralihan data serta sistem perjalanan umrah berjalan lancar lancar demi kepentingan jemaah.

“IMAMS adalah sistem terbaik bagi menangani isu penipuan di sepanjang nilai rantaian pengendalian umrah, selain memperkasa aktiviti pemantauan, penyiasatan serta penguatkuasaan pengendalian pakej umrah di pasaran secara lebih sistematik.

“Ia juga boleh membantu agensi pelancongan memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan kerana IMAMS adalah sistem bersepadu dan saluran yang berfungsi 24 jam.

“Antara lain, sistem ini berupaya menyelesaikan masalah penipuan secara khusus, sama ada dari segi urusan visa, jadual perjalanan ketika umrah, penginapan dan perlindungan insurans,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut, keberkesanan IMAMS terbukti menerusi beberapa sesi percubaan bersama pihak kedutaan dan pengendali pakej umrah di Malaysia.

Malah, katanya, IMAMS turut diperakui oleh kedutaan Arab Saudi di Malaysia sebagai yang terbaik di dunia buat masa ini.- BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *