Home » Langit Terbuka » Morsi tolak perbicaraan, tegaskan masih Presiden Mesir

Morsi tolak perbicaraan, tegaskan masih Presiden Mesir

sumber

KAHERAH, 10 Februari– Mohamed Morsi semalam menolak perbicaraan yang dilakukan ke atasnya sebaliknya terus mempertahankan kedudukan beliau sebagai Presiden Mesir walaupun telah digulingkan oleh Al-Sisi.

Menurut Agensi Anadolu, Morsi berkata demikian ketika perbicaraan kesnya di Mahkamah Jenayah Kaherah bersama 10 defendan yang lain.

“Saya ingin menegaskan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendakwa saya. Seperti yang saya katakan dulu, saya menolak perbicaraan kes ini bukannya mahkamah.

“Saya Presiden kepada semua rakyat Mesir dan tidak pernah bertemu dengan mana-mana jawatankuasa Ikhwan sejak saya datang ke pejabat pada Jun 2012,” katanya.

Morsi merupakan Presiden Mesir pertama yang dipilih secara bebas. Beliau mengambil alih jawatan tersebut pada Jun 2012, namun disingkirkan dalam satu rampasan kuasa tentera Al-Sisi pada Julai 2013.

Selain daripada kes pemgintipan, Morsi juga berdepan dengan penjara selama 20 hingga 25 tahun bagi tiga kes lain.

Bagaimanapun, perbicaraan kes itu ditangguhkan.- Agensi

Sumber daripada www.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan

Tiga mahasiswa USIM dakwah di New Zealand

SEREMBAN – Tiga mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meneruskan perjuangan dakwah penyebaran syiar Islam melalui latihan industri di Masjid Al Noor,

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *