Home » Citra Yadim » Wacana tampil ulama antarabangsa

Wacana tampil ulama antarabangsa

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bersama Al Wariseen Trust Malaysia akan menganjurkan program Wacana Cabaran Umat Islam Akhir Zaman: Soal Jawab dan Penjelasan bersama tokoh-tokoh ulama antarabangsa pada 14 Februari ini bertempat di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Program yang bermula pada pukul 9 pagi itu akan menampilkan ulama-ulama antarabangsa yang akan mengupas dengan mendalam pelbagai isu berkaitan cabaran yang dihadapi oleh umat akhir zaman.

Slot pertama program ini akan membawah tajuk `Salah Faham Tentang Al-Quran dan Al-Sunnah’ dengan barisan penceramahnya terdiri daripada Al Sheikh Dr. Mohammed Ibrahim Abdul Baith dari Mesir, Al Habib Umar bin Al Jailani dari Mekah dan Pengerusi Al Wariseen Trust, Malaysia, Al Sheikh Al Sayyid Afeefuddin Al-Jailani.

Program itu diikuti dengan pembentangan bertajuk `Implimentasi Al-Quran dan Al-Sunnah Dalam Kehidupan Harian’ yang akan menampilkan dua ulama iaitu Sheikh Muhammad bin Yahya Al Ninowy dari Amerika Syarikat dan Al Habib Abu Bakr Ibn Al- Mashoor  dari Yeman.

Melalui program ini, diharapkan dapat menjelaskan salah faham yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat di dalam memahami teks-teks al-Quran dan al-Sunnah seperti salah faham jihad, seiring dengan komitmen kerajaan dalam menangani gejala ekstremisme dan pengganas.

Program ini juga bertujuan memberikan kefahaman yang benar dan menyeluruh terhadap kaedah berinteraksi dengan teks-teks al-Quran dan al-Sunnah serta menyebar luas ajaran Islam sebenar yang menekankan prinsip keamanan, tolerasi dan kesederhanaan (wasatiyyah), seperti digariskan dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Selain itu, program ini juga mampu memberikan kesedaran kepada masyarakat terhadap cabaran yang dihadapi sebagai umat akhir zaman dan mengetahui sikap yang benar dalam menyingkapi fitnah akhir zaman sebagaimana yang telah diperingatkan oleh baginda Rasulullah SAW.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *