Home » Citra Yadim » Motivasi Keibubapaan warga SK Kampong Nara

Motivasi Keibubapaan warga SK Kampong Nara

PASIR PUTEH – Ibu bapalah yang mencorak hidup anak-anak sama ada mahukan hitam atau putih.

Setiap anak-anak perlukan tunjuk ajar yang baik dan murni, namun bagaimanakah hasrat itu mahu tercapai jika ibu bapa sendiri tidak mahu menambah ilmu keibubapaan demi melahirkan anak yang cemerlang dunia dan akhirat.

Bagi merealisasikan matlamat melahirkan Keluarga Sakinah, YADIM Kelantan telah menganjurkan  program Motivasi Keibubapaan  bersama para penjaga pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Nara pada 15 Oktober.

Ceramah motivasi ini disampaikan sendiri oleh Pengarah YADIM Kelantan Ustaz Haji Mahadi Awang.

Seramai 150 orang ibu bapa telah hadir. Walaupun hanya mengambil masa 1 jam tetapi telah memberikan impak  yang besar kepada mereka yang hadir.

Selesai menyampaikan ceramah, Ustaz Haji Mahadi telah menyampaikan sumbangan beras kepada 30 orang ibu bapa dari kalangan asnaf. Turut hadir Guru Besar SK Kampong Nara, Encik Tamlikha Che Nik dan Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kampong Nara,  Encik Kamal Ibrahim.

Semoga program ini memberi manfaat bukan sahaja kepada ibu bapa tetapi juga anak anak mereka.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *