Home » Citra Yadim » Bengkel Dakwah dan Penulisan YADIM Kedah

Bengkel Dakwah dan Penulisan YADIM Kedah

SUNGAI PETANI – Penulisan merupakan salah satu wasilah yang penting untuk menyampaikan mesej Dakwah yang berkesan kepada masyarakat.

Menyedari tentang kepentingan dakwah melalui kaedah ini, YADIM Kedah telah menganjurkan Bengkel Dakwah dan Penulisan pada Sabtu 15 Oktober bertempat di Bilik Seminar Pejabat YADIM Kedah di sini.

Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM, Dr Ann Wan Seng dan penulis buku, Encik Ilhami Hisham telah dijemput untuk menyampaikan ceramah dan perkongsian ilmu serta teknik penulisan dakwah yang cemerlang dalam bengkel ini.

Seramai 40 orang peserta dari pelbagai peringkat umur telah menyertai program yang diadakan bermula 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Majlis Perasmian penutup dan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta telah disempurnakan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.
Program ini juga merupakan sebahagian daripada pengisian bulan Dakwah YADIM Kedah.

Artikel Berkaitan

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *