Home » Citra Yadim » Motivasi Sekolah Kebangsaan Slow

Motivasi Sekolah Kebangsaan Slow

HANYA Menerusi pendidikan kita mampu menjadikan masa depan yang lebih baik.
Walaupun jauh di pendalaman, namun mereka tidak pernah dilupakan.
Pada 10 Mei, dengan kerjasama Sukarelawan YADIM (SAY) jajahan Kuala Krai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Slow Temiang , YADIM Kelantan telah menganjurkan program motivasi untuk pelajar sekolah tersebut.
Ia bertujuan memberikan bimbingan kepada para pelajar untuk lebih cemerlang dalam pelajaran disamping menghormati dan menyayangi ibu bapa serta guru.
Diadakan di dewan terbuka sekolah tersebut, ia menerima penyertaan 100 pelajar tahun 3,4, 5 dan 6.
Perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang.
Turut hadir Guru Besar SK Slow Temiang, Encik Shakh Mohd Hairil Shakh Husin dan Ketua SAY Jajahan Kuala Krai Tuan Haji Mohd Fauzi Husin.
Program telah dikendalikan oleh pakar motivasi dari TP Academy & Consultancy Encik Mohd Faris Maimun.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *