Home » Citra Yadim » Mualaf Kapar terima sumbangan YADIM

Mualaf Kapar terima sumbangan YADIM

KAPAR – Parlimen ini menjadi lokasi terbaharu program menyantuni rakyat oleh Bahagian Khidmat Bakti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Sukarelawan YADIM Parlimen Kapar.

Menerusi program YADIM Peduli : Musaádah TeleBantuan dan Mualaf, seramai 48 keluarga yang dikenalpasti memerlukan di kawasan ini disantuni dengan pemberian barangan keperluan harian.

Hadir ke program di Dewan Besar Orang Ramai Jalan Palembang, Rantau Panjang, ini ialah Pengarah Bahagian Khidmat Bakti YADIM, Abdul Qaiyum Aris, Ketua Kampung Rantau Panjang, Mat Adim Abd Rahman dan Ketua Koordinator SAY Kapar, Alifah Nasiran.

Mat Adim dalam majlis ini mengucapkan terima kasih kepada YADIM atas penganjuran program ini dan mengalu alukan sebarang bentuk kerjasama yang memberi manfaat kepada penduduk kampung itu.

Turut hadir ke program iaitu wakil Persatuan Jawatan Kuasa Wanita Kampung (SURI). 

Artikel Berkaitan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *