Home » Citra Yadim » Muallaf daif disantuni Penyelarasan NGO YADIM

Muallaf daif disantuni Penyelarasan NGO YADIM

KAJANG – “Terima kasih banyak, semoga urusan YADIM membantu orang ramai seperti saya dipermudahkan,” kata Siti Mariam Abdullah ketika menerima sumbangan Bahagian Perhubungan NGO, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 10 Jun.

Siti Mariam atau nama asalnya, Mary anak Rina, yang memeluk Islam pada tahun 2013, tinggal bersama tiga anak dan suaminya di Kampung Sungai Kantan di sini di sebuah tapak pejabat daif yang disewa sebanyak RM300 sebulan.

Suaminya seorang pembantu di pasar malam sebelum ini terputus punca pendapatan kerana tidak dapat bekerja akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Keadaan ini menyebabkan sewa kediaman mereka tertunggak selama tiga bulan.

Tambah merumitkan keadaan, anak bongsu keluarga ini yang berusia 8 bulan menderita penyakit Ekzema menyebabkannya terpaksa berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan, selain terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk perubatan.

YADIM menerusi Inisiatif Ziarah Sinar Syawal, Musa’adah Covid-19 diwakili oleh Penolong Pengarahnya, Salasiah Mohammed Arshad dan kakitangan Bahagian Perhubungan NGO, menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai bagi meringankan beban keluarga Siti Mariam.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *