Home » Citra Yadim » MUAT himpun ulama besar rantau ini

MUAT himpun ulama besar rantau ini

PUTRAJAYA – Multaqa Ulama Asia Tenggara (MUAT 2019) yang dijadualkan berlangsung pada 18 dan 19 November ini bakal menghimpunkan ulama ulama besar di rantau Asia Tenggara.

Antara yang telah menyatakan komitmen termasuklah Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Syeikh Habib Salem Saqaf Al-Jufri dari Indonesia, Rektor Universiti Fatoni Thailand, Profesor Madya Dr Ismail Lutfi Japakiya, Ketua Majlis Ulama Indonesia, Prof. Dr. Shahrin Harahap, Mufti Singapura, Dr Mohamed Fatris Bakaram, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei, Yang Mulia Dato’ Seri Setia Haji Abdul Aziz Orang Kaya Maharajalela Haji Yussofdan ramai lagi.

Manakala dari Malaysia sendiri, yang bakal hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Dato’ Sri Syed Hussien Abd Kadir, Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1440H, Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil.

Majlis yang diadakan di Movenpick Hotel and Convention Center, Sepang, dengan Tema ‘’Wawasan Kemakmuran Dan Kedamaian Rahmatan Lil Alamin” merupakan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan MAIWP.

Perasmian majlis ini akan disempurnakan oleh Dr Mujahid pada 19 November (Selasa) jam 9 pagi.

Antara pengisian program ialah Muzakarah Memperluas Peranan Sekretariat Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama; Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) Ke Dunia Luar, Jamuan Makan Malam dan Persembahan Kesenian Kebudayaan, Forum bertajuk Wawasan Dan Cabaran Dalam Pembangunan Asia Tenggara Berteraskan Rahmatan Lil-A’lamin dan banyak lagi.

Sementara itu, selain sebagai mukadimah kepada penganjuran program lebih besar pada tahun depan, iaitu Multaqa Ulama Sedunia, MUAT juga berperanan sebagai platform mempromosikan konsep rahmah dan Gagasan Rahmatan Lil Alamin yang dibawa kerajaan ketika ini.

Dengan konsep Islam membawa rahmah untuk semua, ia juga bertepatan dengan Gagasan Kemakmuran Bersama yang diketengahkan kerajaan baru baru ini.

Multaqa Ulama Sedunia sebelum ini pernah diadakan pada tahun 2003 di Putrajaya dengan kehadiran lebih 900 peserta.

Orang ramai dijemput hadir ke majlis ilmu ini. Penyertaan adalah percuma. Kepada yang berminat untuk menyertai program ini boleh menghubungi Bahagian Hubungan Antarabangsa YADIM di talian 03 8870 3870, Pn. Norazira (019-2461169) / En. Zamzarizal (012-2694986) / Pn. Nadia Muntaz (013-6073764) bagi maklumat lanjut bagi maklumat lanjut.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *