Mufti Kelantan dibenarkan keluar hospital

0
393
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad. - Foto SelangorKini

KOTA BHARU – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pertengahan Mac lalu sudah dibenarkan pulang ke rumahnya pada 2 April.

Sumber keluarganya memberitahu, beliau dimasukkan ke hospital itu apabila mengalami demam dan sakit tekak selepas pulang dari Sarawak baru-baru ini.

“Alhamdulillah ayah sudah berada di rumah berehat. Sudah boleh balik hari ini. Keadaan ayah sihat,” katanya kepada Sinar Harian pada 2 April.

- advertisement -

Sinar Harian difahamkan beliau sebelum ini diminta membuat ujian saringan koronavirus (Covid-19) selepas mengalami demam yang berpanjangan.

Mohamad Shukri dimasukkan ke HRPZ II pada 18 Mac lalu selepas mempunyai tanda-tanda jangkitan Covid-19. – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here