Home » Citra Yadim » PPPKAM sambung hasrat YADIM menyantuni komuniti terjejas akibat COVID-19

PPPKAM sambung hasrat YADIM menyantuni komuniti terjejas akibat COVID-19

BANGI – Program menyantuni masyarakat Musa’adah Covid-19 YADIM diteruskan lagi pada 2 April dengan kerjasama pintar bersama NGO yang aktif dengan aktiviti bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan.

Kali ini sumbangan disampaikan kepada Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) yang membantu YADIM menyalurkan secara terus kepada komuniti yang terjejas dan warga kerja barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam usaha menangani penularan wabak COVID-19 tanpa mengira kaum dan agama.

Sumbangan YADIM kepada PPPKAM mensasarkan 100 keluarga asnaf dan B40 sekitar Lembah Klang dengan peruntukan sebanyak RM20,000 yang merupakan barang keperluan dapur dan tunai.

Gimik penyerahan yang diadakan di sini, telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Kapten (B) Shamsuddin Moner kepada Dato’ Zainal Ariffin Omar, Presiden PPPKAM.

Sebaik sahaja selesai gimik penyerahan, PPPKAM terus melaksanakan aktiviti sumbangan bergerak ke kawasan yang telah disasarkan oleh YADIM.

Antara kawasan yang terlibat menerima bantuan ialah; Bangi, Semenyih, Kajang, Shah Alam, Klang, Ampang, Petaling Jaya, Gombak, Damansara, Cheras, Seri Kembangan, Puchong, Putrajaya dan Bukit Jalil.

***

Semakin ramai menerima kesan akibat musibah Covid-19 yang melanda negara. Mari bantu kami untuk membantu mereka.

Orang ramai boleh menyumbang kepada Tabung YADIM Peduli Covid-19 menerusi dua cara mudah.

Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun 5660 1062 5428 (Maybank).

Setiap sumbangan layak mendapat pelepasan potongan cukai.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *