Home » Langit Terbuka » Mufti minta ‘Hot Daddy’ bertaubat

Mufti minta ‘Hot Daddy’ bertaubat

FOTO HIASAN.

Kuala Lumpur: ‘Hot Daddy’ yang tular dalam aplikasi X bersama beberapa wanita perlu memohon ampun dan bertaubat kepada Allah SWT.

Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Othman berkata, mendedahkan perbuatan yang tidak baik seperti zina, hukumnya berdosa.

“Malah, haram mendedahkan keaiban kita kepada khalayak. Jadi, perbuatan yang jatuh hukum haram dan berdosa ini kena mohon ampun dan bertaubat.

“Sepatutnya keaiban diri sendiri bukan untuk didedahkan, apatah lagi jika yang didedahkan itu perbuatan yang secara terang-terangan berdosa,” katanya kepada Harian Metro.

“Dalam kes zina, empat orang saksi yang adil mesti ada. Jadi, macam kes individu itu kita boleh tuduh zina. Mungkin Jabatan Agama Islam ada peruntukan sesyen yang lebih sesuai untuk kes seperti ini,” katanya.

Pada 26 Januari lalu, Hot Daddy itu bersama dua teman wanitanya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, kerana membuat pengiklanan khidmat persundalan menerusi aplikasi X.

Bagaimanapun, tertuduh yang bekerja sendiri mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Sebelum itu, media melaporkan polis menahan seorang gigolo tempatan kerana merakam dan menjual video lucahnya dengan melakukan hubungan seks bersama lebih 20 wanita termasuk mereka yang mengupahnya untuk khidmat seks.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *